SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4

9.0  KELESTARIAN   (KITAR SEMULA)


                 Bulan purnama bersinar indah,
                Berkelip cahaya bintang kejora;
           Kitar semula banyak faedah 
                Bumi dipelihara hidup sejahtera. 





Standard Kandungan :

9.1     KITAR SEMULA

Standard Pembelajaran : 

9.1.1    Menyatakan maksud kitar semula

9.1.2    Mengenal pasti bahan yang boleh dikitar semula

9.1.3   Membezakan simbol dan warna tong kitar semula

           a) tong biru     : kertas

           b) tong coklat : kaca

           c) tong jingga : tin dan plastik 



APA ITU KITAR SEMULA ?

Kitar semula ialah cara memproses bahan-bahan supaya dapat digunakan semula 


Bahan yang boleh dikitar semula 

Terdapat pelbagai bahan buangan di sekeliling kita yang dapat dikitar semula. Antara bahan buangan tersebut termasuklah kertas, kaca, tin dan plastik


Kenali Simbol dan Warna Tong Kitar semula

                     

TONG BIRU : Kertas sahaja

TONG COKLAT : Kaca sahaja

TONG JINGGA : Tin / plastik sahaja


KEPENTINGAN KITAR SEMULA

* Mengurangkan bahan buangan di 

   tapak pelupusan sampah

* Mengurangkan penggunaan  

   bahan semulajadi


Projek kitar semula

* Kraftangan bakul daripada surat       khabar

* Bekas penanaman bawang                 daripada bekas makanan plastik







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGKELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT

TMK TAHUN 4 : PENGGUNAAN INTERNET