PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS

MANUSIA

DERIA MANUSIA

Bahagian tubuh badan manusia yang mempunyai deria

MATA        : deria penglihatan

TELINGA : deria pendengaran

LIDAH      : deria rasa

HIDUNG   : deria bau

KULIT       : deria sentuhan

Deria dapat digunakan untuk mengenal pasti dan mengelas objek. Kita dapat membezakan ciri sesuatu objek melalui organ deria.
Pengelasan objek boleh dibuat berdasarkan ciri objek yang berlawanan. Contoh, besar dan kecil atau berbau dan tidak berbau.
Objek boleh dikenalpasti dengan menggunakan satu atau lebih deria.


GUNAKAN DERIA SEPENUHNYA

Bekalan elektrik terputus, Linda tidak dapat melihat di dalam gelap. Namun begitu, dia masih boleh menggunakan deria sentuhan untuk mencari lampu suluh.

Apabila sesuatu deria tidak berfungsi dengan baik, kamu masih boleh menggunakan deria  yang lain untuk memerhati.

CERMIN MATA ialah alat bantu yang digunakan untuk melihat apabila mata tidak dapat melihat dengan jelas.

ALAT BANTU PENDENGARAN dapat membantu deria pendengaran yang tidak dapat berfungsi dengan baik.




PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR TAHUN 4
PENDIDIKAN KHAS


STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN

1

Menamakan organ deria manusia


2

Menerangkan fungsi organ deria manusia


3

Menjelaskan dengan contoh fungsi organ deria manusia


4

Menjelaskan dengan contoh tindakbalas organ deria manusia terhadap rangsangan


5

Mewajarkan kepentingan fungsi organ deria manusia


6

Mengamalkan cara penjagaan organ deria manusia dan kepentingan penjagaan deria





PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
HARI     : RABU
TARIKH : 8.4.2020
TAJUK   : Deria Manusia
2.1.1     : Menamakan organ deria manusia




PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
HARI     : JUMAAT
TARIKH : 10.4.2020
TAJUK   : Deria Manusia
2.1.2     : Menyatakan fungsi organ deria manusia



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGKELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT

TMK TAHUN 4 : PENGGUNAAN INTERNET