BERDAMAI DENGAN KETENTUAN ILAHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Tentang takdir ....
DIA  yang menetapkan pada seluruh makhluk-NYA 
Dan kita hamba-NYA  Redhalah...
Agar  bahagia  membalut  jiwa

         Pejam celik-pejam celik masuk tahun ke-3 di SK Galing dan sekarang tahun 2020 murid Pendidikan Khas seramai 30 orang. Kami bakal penerima tenaga pengajar baru serta PPM baru dengan penambahan murid-murid ini. Kelas juga telah bertambah iaitu 4 Zamrud, 3 Delima, 1 Mutiara dan 1 Intan. Tahun 2020 ini Cikgu Fid menjadi guru kelas PK 1 Mutiara.

        Cikgu Fid juga ingin kongsikan disini kesyukuran di atas ulang tahun kelahiran PERTAMA  buat baby Aidan Asyraf Dasuki Bin Ahmad pada 9 April yang lepas. Sayang mama sambut semasa PKP jadi raikan dengan ringkas bersama family tercinta. Namun usaha tetap usaha...mama pertama kali dapat membuat pulut kuning untuk meraikan bersama keluarga. Setelah baby Aidan menjalani Pembedahan jantung berlubang di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Ogos 2019 dan menjalani rawatan susulan di IJN dan HTAA Kuantan Pahang, mama berusaha meraikan bersama ulang tahun pertama si comel mama ini.





Bersangka baiklah terhadap apa sahaja takdir yang ALLAH berikan kepada kita. Kerana hikmah disebaliknya adalah rahsia buat kita, meski pada pandangan kita ia tampak merungsingkan jiwa.



ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bagi mereka pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : " Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. ENGKAUlah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah : 286)

Apabila ada orang lain cuba menilai diri kita yang sakit dan banyak kelemahan, emosi kita akan menggelodak naik mengalahkan kewarasan akal untuk menafikan penilaian tersebut. Ketika itu ketahuilah bahawa kita telah menolak untuk mengenal diri sendiri dari perspektif orang lain, bahkan menutup pintu kebaikan pada sekeping hati dalam diri.


      Di saat kita semua di uji Allah yang Maha Esa...dengan wabak CORONA VIRUS atau Covid 19. Di sini kita mencari pengampunan dan penginsafan sepanjang PKP gunakanlah masa yang ada untuk muhasabah diri kita. Cuti sekolah bermula 14 Mac 2020 dan hingga sekarang masih dilanjutkan PKP (18 Mac - 28 April 2020). Semoga anak-anak istimewa SK Galing dilindungi Allah walau dimana mereka berada. Ya Allah yang Maha Berkuasa hanya engkau dapat melindungi kami dari mara bahaya yang berlaku tahun 2020 ini. Pulihkan segera rakyat yang sakit dan yang mana kehilangan pekerjaan mereka. Hanya engkau dapat memutuskan rantaian Covid 19 ini. Mudah-mudahan dapat segera pulih seperti asal semuanya. Malah lebih baik lagi daripada tahun-tahun lepas kerana kita berjaya mengharungi dugaan bersama-sama dengan tidak jemu-jemu berdoa dan bersabar serta tawakkal kepada Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGKELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT

TMK TAHUN 4 : PENGGUNAAN INTERNET