PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik, terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Aspek-aspek psikologi pendidikan dalam kajian meliputi tingkah laku murid terhadap segala aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam situasi bilik darjah.

Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah.

Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan.

Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan proses-proses pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah, termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran.

Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan di dalam berbagai-bagai bidang, khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkah laku manusia terhadap pembelajaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN GALING

MENGKELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS