PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS




FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi sendiri sebagai seorang individu dan masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 
Selamat Datang Cikgu Fid ke dalam Dunia Pendidikan Khas. Semoga dapat menerima dengan hati terbuka. Rezeki...Allah datangkan dengan pelbagai cara dan bentuk. Inilah rezeki yang tidak disangka-sangka. Amalkan ayat seribu Dinar dalam kehidupan kita, banyak manfaat kita merasa. Pesan bonda tidak kulupa. Kita adalah hamba Allah jangan lupa diri walau di mana kita berada.
Di sini Cikgu Fid ingin berkongsi cerita kisahnya,
                                                               AKIBAT LUPA DIRI 
       Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang pemuda buta bernama Ali. Dia seorang yang taat dan sentiasa beribadat kepada Allah SWT. Setiap kali selepas solat, dia tidak pernah lupa berdoa kepada Allah SWT supaya diberi peluang untuk melihat. Dia teringin untuk melihat dunia. Ali juga berjanji, dia akan membantu golongan yang susah.
       Pada suatu hari, semasa Ali berjalan seorang diri, dia terjatuh dan kepalanya terhantuk batu. Nasibnya baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk. Malah satu keajaiban telah berlaku. Ali dapat melihat!. Allah SWT telah memakbulkan doanya.
        Sejak peristiwa itu, rezeki Ali mencurah-curah. Perniagaan yang dijalankan semakin maju. Kekayaan yang dikecap menjadikan Ali sombong dan bongkak. Dia lupa janjinya pada Allah SWT. Sikap Ali telah menyebabkan Allah SWT murka. Sedikit demi sedikit kekayaannya hilang. Akhirnya Ali ditakdirkan menjadi buta semula. Ketika itu barulah Ali sedar tetapi kekesalan itu tidak berguna lagi. 

PENGAJARAN : JANGAN MEMUNGKIRI JANJI 



PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS 
(MASALAH PEMBELAJARAN)
SK TUNKU AZIZAH  

MOTTO    
SABAR YAKIN PENYAYANG

VISI  
MAMPU MENGURUS DIRI DAN MENGUASAI 3M

MISI 
* BIMBINGAN BERTERUSAN MENGIKUT KEMAMPUAN MURID
*MEMUPUK KENYAKINAN DIRI  KE ARAH KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
*MENINGKATKAN KUANTITATIF MURID KE KELAS INKLUSIF




PIAGAM PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS 
(MASALAH PEMBEJARAN)
  1. Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran secara terancang.
  2. Membimbing serta memastikan semua murid berkeperluan khas boleh menguruskan diri dengan baik.
  3. Memastikan semua murid berkeperluan khas boleh mematuhi displin dan peraturan sekolah serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  4. Mewujudkan iklim yang kondusif dalam pelbagai situasi.
  5. Menyegerakan setiap tindakan supaya perkhidmatan yang cekap dan layanan mesra dapat diberikan kepada ibu bapa dan semua pihak yang berurusan dengan pentadbiran pendidikan khas.
 

Ulasan

  1. Gambar hanyalah hiasan...anak-anak Pra sekolah bersama-sama Cikgu Fid (Gambar pertama) semasa sambutan Kelab Setem SK Tunku Azizah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN GALING

MENGKELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS