PERKENALAN CIKGU FID DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum...
Bersyukur kehadrat Allah yang Maha Berkuasa. Syukur nikmat kerana diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dalam bidang Pendidikan Khas. Segala-galanya adalah ketentuan ilahi, maka kita harus redha dan menerima dengan hati yang ikhlas. 
Cikgu Fid dengan latar belakang pendidikan :
High School Segamat Johor
Diploma Teknologi Perkayuan Universiti Teknologi Mara Bandar Pusat Jengka Pahang
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Perabot Universiti Teknologi Mara Shah Alam
Diploma Pendidikan Opsyen Kemahiran Hidup (KPLI 2008) Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Namun atas dasar kekurangan tenaga pengajar (guru Pendidikan Khas)...😭
Cikgu Fid di tempatkan ke SK Cenderawasih Kuantan Pahang sebagai guru Pendidikan Khas.
Maka pada tahun 2009 bermulalah episod seorang guru yang tanpa pengetahuan sebagai tenaga pengajar dalam bidang itu. Hati merelakan segala ketentuan Allah. 
Allah sebaik-baik perancang dan pengatur hidup ini....Hamba yang kerdil tidak dapat membuat pilihan dan redha atas ketentuanNya. Harapan guru ini hanyalah dapat mempelajari dengan cepat cara pengajaran guru-guru Pendidikan Khas yang tak pernah dilihat semasa zaman sekolah mahupun pengalaman menjadi guru ganti dalam bidang Pendidikan Khas. Setelah dapat menerima dengan tenang, Cikgu Fid berusaha belajar sendiri dengan pemerhatian cara guru mengajar walaupun amatlah berbeza dengan Aliran Arus Perdana. Walaupun agak sukar menerima pada mulanya , namun berkat kesabaran akhirnya pada hari ini sudah 8 tahun Cikgu Fid didalam Bidang Pendidikan.
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang 
Kalau baik hati 
Nanti orang pun sayang (2x)
Dari Melaka...ke Negeri Pahang...
Singgah di Johor beli Berangan...(2x)
kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Pukullah gendang ...kulit kerbau...
Dalam majlis tari menari...(2x)
Sayalah ini bang hoi dagang merantau...
Mengharap belas orang disini...(2x)
 
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Negeri Pahang...aman sentosa..
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan...(2x)

Niat dihati bang oii...
Nak buat jasa 
Mudah-mudahan tuhan kabulkan...(2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
MAK LENGGANG
Nama gelaran yang diberi oleh Allahyarham Atok tercinta. Tak kisahlah kalau lekat dihati sesiapa yang sayang Cikgu Fid sebab memang sangat suka lagu ini dan tarian sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sewaktu sekolah menengah Cikgu Fid masih terlibat menjadi Puteri dalam Tarian Ulek Mayang.
Lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini juga sememangnya mengiringi Cikgu Fid yang menetap di Bukit Katil Melaka untuk berpindah ke Negeri Pahang. Kebetulan pula rumah Abah dan Mak di Segamat Johor. Sememangnya akan singgah mengambil mereka untuk ke Kuantan.
Inilah memori indah saat menjejakkan kaki masuk ke dalam Bidang Pendidikan.
Hadiah terbaik pernah ku berikan buat ayahbonda tercinta. Sememang lama harapan yang dipendam  dihati mereka ingin melihat salah seorang daripada anak-anak mereka akan menjadi seorang guru. Semoga amal ibadah dalam mendidik anak-anak istimewa ini mengalir buat mak yang telah pergi menemui ilahi (2013) serta abah yang disayangi. Rahmat Allah dapat dirasai selagi doa mak dan abah mengiringi kita.
Pengalaman Mengajar sebagai guru ganti :
SK Gemereh Segamat Johor (bekas sekolah tahun 1-tahun 6) 2003
SMK Bandar Pusat Jengka Pahang 2005
SMK Telok Mas Melaka Bandaraya Bersejarah 2006
Sri Al-Rahmat 2007 
Juga beberapa sekolah rendah serta sekolah menengah yang saya lupa senaraikan disini. 

Harapan Cikgu fid agar dapat menyesuaikan diri dan diterima oleh mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang Pendidikan Khas. Terima kasih guru-guru Pendidikan Khas SK Cenderawasih Kuantan Pahang kerana menjadi rujukan sewaktu awal perkenalan dengan Pendidikan Khas. Begitu juga guru-guru arus Perdana terutamanya guru TKRS dan Kelab Muzik & Kebudayaan yang pernah memberi kerjasama sewaktu Cikgu Fid menjadi Ketua Pemimpin. Anak-anak murid semenjak 2009 hingga 2014 menjadi memori terindah dalam hidup Cikgu Fid. Moga kalian semua dirahmati Allah selalu.

PEMBERITAHUAN PENEMPATAN SEMULA (REDEPLOYMENT)
GURU TERLATIH BAGI SEKOLAH RENDAH
Inilah tajuk surat yang menempatkan Cikgu Fid ke SK Tunku Azizah (Sekolah Kluster Kecemerlangan) di Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang.
Pada 20 Januari 2014, bermulanya  Cikgu Fid menjadi warga baru Pendidikan Khas di SK Tunku Azizah. Sekali lagi berusaha untuk menyesuaikan diri di tempat baru, bersama rakan kerja baru dan murid baru Pendidikan Khas. Alhamdulillah tahun 2017 ini merupakan tahun ke-4 Cikgu Fid di STAZ. Sehingga ke hari ini Cikgu Fid dapat mempelajari banyak ilmu Pendidikan Khas. Semakin banyak, dipelajari ...semakin banyak pula yang perlu dipelajari lagi. Harapan amat besar untuk melanjutkan pelajaran... Master in Special Education. Moga satu hari nanti menjadi kenyataan.
Insya Allah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN GALING

MENGKELASKAN HAIWAN MENGIKUT HABITAT

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS